Ahad, 3 Februari 2013

Kawasan Tanjung Bidara

Pantai Pengkalan Balak





Kem Terendak. Melaka



Balai Cerap Al-kawarizmi, Tanjung Bidara



Pantai Tanjung Bidara.

Tapai Sarimah ada kelainan

Tapai merupakan sejenis makanan tradisional yang popular di kalangan rakyat negara ini sehinggakan ia turut disajikan di hotel-hotel bertaraf lima bintang.
Bagaimanapun, tidak semua orang dapat menghasilkan tapai yang manis kerana penyediaannya yang rumit dan penuh dengan ‘pantang larang’ perlu diikuti bagi menghasilkan tapai enak dan tidak masam.
Sebelum ini, kita mungkin hanya mendengar pembuat tapai mempelbagaikan jenis tapai dengan menambah aiskrim atau ubi ke dalam tapai tersebut.
Namun begitu, satu kelainan ditonjolkan oleh pemilik Tapai Sarimah apabila mereka menyediakan produk tapai berperisa sirap ros.
Tapai yang menjadi permintaan ramai ini sama seperti perisa tapai asli dan pandan. Apa yang membezakannya ialah beras pulut tapai sirap ros ini berwarna merah cair.
Cara membuatnya adalah sama iaitu pulut dibersihkan dan dikukus hingga masak. Apabila sudah masak, pulut tersebut disejukkan di dalam dulang.
Kemudian ragi dan gula ditaburkan ke atas pulut yang sudah sejuk. Selepas itu bahan-bahan itu digaul hingga sebati. Semasa menggaul, air dimasukkan sedikit demi sedikit.
Apabila semua bahan sebati, pulut dibungkus dengan daun pisang. Kadang-kadang daun getah digunakan juga. Bagi Tapai Sarimah, pemiliknya lebih selesa menggunakan plastik sebagai alas dan dibalut dengan kertas warna mengikut perisa.
Bungkusan-bungkusan pulut itu dimasukkan ke dalam periuk dan dibalut dengan kain tebal. Tujuan periuk dibalut ialah untuk mendapatkan suhu yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan tapai dimasak dengan cepat.
Menariknya Tapai Sarimah ini, walaupun mempunyai tiga perisa berlainan, ia masih mempunyai rasa tapai asli dan tidak menggunakan mana-mana pewarna secara berlebihan.
Pemilik Perusahaan dan Pengawetan Tapai Sarimah, Abd. Aziz Jais, 52, berkata, idea untuk membuat tapai berperisa sirap ros ini adalah hasil perbincangan bersama isterinya, Sarimah Rasyid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai sedia ada di pasaran.