Rabu, 13 April 2011

KAWASAN SEKITAR PENGKALAN BALAK








Lawatan anda tidak lengkap sekiranya anda tidak melawat pusat pameran binatang yang hampir pupus , Disini anda akan dapat meyaksikan pameran dan sejarah penyu disini anda dapat memahami kehidupan penyu dan cara cara pengembangan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Pusat Penetasan ini dibawah kelolaan oleh WWF .Adakah anda ingin menjadi sukaralawan bagi meyelamatkan penyu dari pada pupus.



Bekas laluan kapal kini lubuk rezeki destinasi pelancongan baru.MENYUSURI Sungai Linggi di Negeri Sembilan, imaginasi melayang ke zaman silam ketika pedagang menjadikan sungai ini sebagai laluan masuk utama ke negeri bertunjangkan Adat Prepatih ini.
Dari Selat Melaka, pedagang mudik Sungai Linggi menjadikan laluan sibuk dengan bermacam urusan. Seorang penduduk jati Negeri Sembilan memberitahu, datuknya pernah menaiki kapal yang berlabuh di Sungai Linggi untuk berangkat ke Tanah Suci. Begitulah gahnya Sungai Linggi ketika itu. Itu semua kisah lama ketika Sungai Linggi cukup besar dan dalam untuk dilalui kapal. Sekarang, walaupun tidak sesibuk dulu, Sungai Linggi masih menjadi lubuk rezeki penduduk tempatan yang memperoleh pelbagai spesies ikan sungai, malah udang galah biru di lokasi ini.

Rabu, 2 Mac 2011

Pelancongan Pantai




























  1. Kemudahan Kemudahan yang terdapat di Pantai Peranginan KamiPantai Putera adalah sebuah pantai baru yang ingin diperkenalkan dan di majukan menjadikan sebuah tempat peranginan yang terdapat di Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Pantai PUTERA atau dikenali sebagai pantai Pengkalan Balak adalah pantai pelancongan yang telah lama semenjak tahun 1995 lagi.

    Pantai ini mempunyai banyak kelebihan dan tempat tempat yang menarik untuk di lawati. Pantai ini mempunyai kelebihan kerana factor factor berikut.

    i) Pantai PUTERA ini adalah pantai yang bertelok sejena mata memandang. Dikirinya kira akan melihat permandangan kapal kapal yang berlabuh untuk meingah minyak dari Pelabuhan Petronas Tanjung Keling dan di kanan nya pula di hujung tanjung terletak Tanjung Tuan dimana sayup sayup kita dapat melihat kerdipan lampu untuk isyarat laluan kapal.
    ii) Pantainya yang berpasir keemasan dan merupakan satu satunya pantai di negeri melaka yang berpasir. Ini amat sesuai untuk bermandi manda .Pantai ini dikawal selia oleh petugas Jabatan Pertahanan Awan .Terpadapt 2 kawasan yang mendapat kawalan keselamatan yaitu di Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Tanjung Bidara.